CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 16 May 2012

Melawat ke Muzium Tentera Darat, P.Dickson

Jom kita pergi ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson..tempat ni menarik, banyak maklumat yang boleh diperoleh terutamanya tentang sejarah tentera darat. Ada siapa-siapa yang bercita-cita menjadi tentera boleh datang ke muzium ini..free je tau...
Apa agaknya yang mereka (PKM) bincangkan?
Motosikal yang digunakan oleh pihak Komunis
semasa menguasai Tanah Melayu

Gambar ini merupakan wajah-wajah anggota Komunis yang terbunuh
ketika berperang dengan  tentera kita



Gambar di bawah menunjukkan hasil penemuan Muzium Tentera Darat pada tahun 2009 di Gunung Telapak Buruk, Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Barang-barang yang di temui adalah milik krew pesawat B24 Liberator KL654 (SNAKE). Pesawat ini cuba memberi bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk setempat tetapi akhirnya di musnahkan oleh pihak musuh.











Berikut merupakan kenderaan-kenderaan yang telah digunakan oleh 
tentera darat semasa peperangan





Banyak lagi maklumat yang berguna untuk kita mengetahui sejarah kemerdekaan negara. Seharusnya tempat-tempat sebegini harus di lawati agar dapat menanamkan semangat patriotik dalam diri kita. Bagi adik-adik generasi muda yang berminat dengan kerjaya sebagai tentera, muzium ini ada menyediakan banyak maklumat mengenai sejarah dan kerjaya tentera khususnya tentera darat.


No comments:

Post a Comment