Mari kita lihat semua topik Sejarah secara ringkas untuk pemahaman pelajar. Ia merupakan animasi kompilasi komik Sejarah yang direka khas untuk memberi penerangan dengan lebih jelas mengenai topik Sejarah tingkatan 1,2 dan 3.
Thursday, 24 May 2012
Saturday, 19 May 2012
Panduan Kerja Kursus PMR tahun 2012
Pelajar boleh ke link Kerja Kursus Sejarah 2012 untuk mendapatkan panduan tentang cara-cara menyiapkan tugasan kerja kursus. Harapan saya agar pelajar-pelajar semua dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Berikut merupakan penerangan secara ringkas tentang kerja kursus Sejarah PMR 2012. Pelajar boleh memilih tajuk-tajuk yang sesuai untuk membuat kajian. Cuba dapatkan maklumat dari pelbagai sumber seperti rujukan di majalah,internet atau pun temubual individu-individu yang tahu mengenai tajuk tugasan yang di pilih oleh pelajar.
Pakaian Tradisional Malaysia
pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )
Wednesday, 16 May 2012
ABM untuk P&P Tingkatan 1 dan 2
PROJEK PERKONGSIAN PINTAR KPM merupakan program yang memfokuskan bagaimana menggunakan TMK yang berkesan dalam proses P&P |
Dalam CD ini mengandungi bahan-bahan yang telah disediakan oleh guru-guru yang menyertai kursus tersebut. Tajuk-tajuk bahan tersebut boleh dicapai berdasarkan menu di sebelah. |
Layari: http://www.ppdhl.net/courseware/bppt/sejarah/tingkatan12/ untuk mendapatkan lebih banyak ABM untuk guru.
Melawat ke Muzium Tentera Darat, P.Dickson
Jom kita pergi ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson..tempat ni menarik, banyak maklumat yang boleh diperoleh terutamanya tentang sejarah tentera darat. Ada siapa-siapa yang bercita-cita menjadi tentera boleh datang ke muzium ini..free je tau...
Gambar di bawah menunjukkan hasil penemuan Muzium Tentera Darat pada tahun 2009 di Gunung Telapak Buruk, Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Barang-barang yang di temui adalah milik krew pesawat B24 Liberator KL654 (SNAKE). Pesawat ini cuba memberi bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk setempat tetapi akhirnya di musnahkan oleh pihak musuh.
Apa agaknya yang mereka (PKM) bincangkan? |
Motosikal yang digunakan oleh pihak Komunis semasa menguasai Tanah Melayu |
Gambar ini merupakan wajah-wajah anggota Komunis yang terbunuh ketika berperang dengan tentera kita |
Gambar di bawah menunjukkan hasil penemuan Muzium Tentera Darat pada tahun 2009 di Gunung Telapak Buruk, Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Barang-barang yang di temui adalah milik krew pesawat B24 Liberator KL654 (SNAKE). Pesawat ini cuba memberi bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk setempat tetapi akhirnya di musnahkan oleh pihak musuh.
Berikut merupakan kenderaan-kenderaan yang telah digunakan oleh
tentera darat semasa peperangan
Banyak lagi maklumat yang berguna untuk kita mengetahui sejarah kemerdekaan negara. Seharusnya tempat-tempat sebegini harus di lawati agar dapat menanamkan semangat patriotik dalam diri kita. Bagi adik-adik generasi muda yang berminat dengan kerjaya sebagai tentera, muzium ini ada menyediakan banyak maklumat mengenai sejarah dan kerjaya tentera khususnya tentera darat.
Thursday, 10 May 2012
Power Point Sejarah Bab 1
Sejarah Bab 1-Ting 1 (Sejarah dan Kita)
Pelajar boleh melihat Power point ini untuk rujukan dan penambah pemahaman masing-masing mengenai sejarah bab 1 ting 1.
Wednesday, 9 May 2012
Siapakah pencipta bendera Malaysia?
Kita sering mengibarkan bendera Malaysia. Kibaran bendera sering kelihatan di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Persoalannya, tahukah kita siapa yang telah mencipta bendera Malaysia?..
Inilah dia Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.Sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia harus mengingati dan mengenang jasa beliau.
Buat pertama kalinya Bendera Malaysia di naikkan pada 31 Ogos 1957
Subscribe to:
Posts (Atom)